a

Daisypath Anniversary tickers

daisy path

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, March 13, 2011

lumrah kehidupan

salam kepada sume blogger...lamanya saya tak menulis dalam blog....saja untuk sekadar berkongsi dengan semua....semakin lama kita hidup di muka bumi allah ini, semakin banyak pengalaman dan asam garam kehidupan...baik yang muda mahupun tua....namun begitu segala dugaan mahupun cabaran yang mendatang pada setiap saat kehidupan kita nie, haruslah diterima dengan penuh keredhaan...kita harus percaya bahawa setiap yang datang itu pasti ada hikmah yang tersembunyi,,,yang mungkin kita belum nampak akan nilai dan hikmah disebaliknya...kadang2 manusia tak pernah nak cuba menghargai apa yang ada di depan....namun setelah ianya tiada, barulah kita tersedar akan keistimewaan serta betapa berharganya ia....bagi para suami isteri, pergaduhan merupakan asam garam dalam kehidupan berumah tangga...namun kadang2 kita sebagai manusia biasa mungkin tidak dapat melupakan segala kesakitan yang pernah dilalui...kita sebagai suami isteri sedaya upaya cuba mempertahankan mahligai yang dibina...namun kadang kala wujudnya gangguan yang mampu menggugat kepercayaan kepada pasangan masing2....kepada para suami, hargai isteri anda ketika mereka masih ada di depan anda, kerana kasih sayang dan cinta seorang isteri tidak ternilai harganya..mungkin para suami mengambil mudah akan istilah kasih sayang dan cinta, namun bagi seorang wanita yang bergelar isteri, ianya sarat dengan pengertian yang ditunjangi oleh pengorbanan...biar berteman air mata, biar berlena duka namun kasih sayang kepada sang suami tidak akan pernah padam, malah ianya akan terus bercambah dan kekal sehingga ke akhir hayat....bagi para isteri pula, hormatilah suami anda...syurga kita terletak di telapak kakinya..sejahat mana seorang suami, darjat suami tetap tertinggi di hati seorang insan bergelar isteri....jagalah tatasusila seorang isteri...abdikanlah segala hidupmu pada lelaki bergelar suami kerana janjinya adalah syurga yang berkekalan....anggaplah segala dugaan dan cabaran itu sebagai ujian bagi menguji setahap mana cinta para suami dan isteri....bagi wanita di luar sana, yang masih belum berpunya, jagalah tatasusila dirimu, janganlah kita sering kali cuba merampas kebahagian orang lain, kerana tidak mustahil kelak nanti kebahagiaan kita juga akan dirampas,...hidup ini ibarat roda, kadang kala di atas, dna kadang kala dibawah...fahamilah hati sesama kaum hawa, jika bukan wanita yang memahami hati wanita lain, siapa lagi....hargailah setiap titis air mata wanita bergelar isteri kerana kita tidak akan faham akan setiap perit pengorbanan yang telah dilaluinya....
hanya sekadar memberi pendapat dna pandangan.....

No comments:

Post a Comment