a

Daisypath Anniversary tickers

daisy path

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, March 13, 2011

lumrah kehidupan

salam kepada sume blogger...lamanya saya tak menulis dalam blog....saja untuk sekadar berkongsi dengan semua....semakin lama kita hidup di muka bumi allah ini, semakin banyak pengalaman dan asam garam kehidupan...baik yang muda mahupun tua....namun begitu segala dugaan mahupun cabaran yang mendatang pada setiap saat kehidupan kita nie, haruslah diterima dengan penuh keredhaan...kita harus percaya bahawa setiap yang datang itu pasti ada hikmah yang tersembunyi,,,yang mungkin kita belum nampak akan nilai dan hikmah disebaliknya...kadang2 manusia tak pernah nak cuba menghargai apa yang ada di depan....namun setelah ianya tiada, barulah kita tersedar akan keistimewaan serta betapa berharganya ia....bagi para suami isteri, pergaduhan merupakan asam garam dalam kehidupan berumah tangga...namun kadang2 kita sebagai manusia biasa mungkin tidak dapat melupakan segala kesakitan yang pernah dilalui...kita sebagai suami isteri sedaya upaya cuba mempertahankan mahligai yang dibina...namun kadang kala wujudnya gangguan yang mampu menggugat kepercayaan kepada pasangan masing2....kepada para suami, hargai isteri anda ketika mereka masih ada di depan anda, kerana kasih sayang dan cinta seorang isteri tidak ternilai harganya..mungkin para suami mengambil mudah akan istilah kasih sayang dan cinta, namun bagi seorang wanita yang bergelar isteri, ianya sarat dengan pengertian yang ditunjangi oleh pengorbanan...biar berteman air mata, biar berlena duka namun kasih sayang kepada sang suami tidak akan pernah padam, malah ianya akan terus bercambah dan kekal sehingga ke akhir hayat....bagi para isteri pula, hormatilah suami anda...syurga kita terletak di telapak kakinya..sejahat mana seorang suami, darjat suami tetap tertinggi di hati seorang insan bergelar isteri....jagalah tatasusila seorang isteri...abdikanlah segala hidupmu pada lelaki bergelar suami kerana janjinya adalah syurga yang berkekalan....anggaplah segala dugaan dan cabaran itu sebagai ujian bagi menguji setahap mana cinta para suami dan isteri....bagi wanita di luar sana, yang masih belum berpunya, jagalah tatasusila dirimu, janganlah kita sering kali cuba merampas kebahagian orang lain, kerana tidak mustahil kelak nanti kebahagiaan kita juga akan dirampas,...hidup ini ibarat roda, kadang kala di atas, dna kadang kala dibawah...fahamilah hati sesama kaum hawa, jika bukan wanita yang memahami hati wanita lain, siapa lagi....hargailah setiap titis air mata wanita bergelar isteri kerana kita tidak akan faham akan setiap perit pengorbanan yang telah dilaluinya....
hanya sekadar memberi pendapat dna pandangan.....

Thursday, September 30, 2010

gud article

sentuh babi tak berdosa,tapi kalu sentuh awek??"

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? ...Macam ada yg tak kena je?ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.LEMBU : eh? kenapa?ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang diasentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram.

"Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.

Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi."Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? ^_^

Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya.

Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?See More

tajuk best untuk para lelaki especially untuk yang bergelar' suami org"

Tu diaa tengok tajuk entry semacam apakah??. Macam ramai ke lelaki yg baca blog ai ni kan. Bersempena bulan yg penuh barakah ini, mak cik bajet ustazah sikit.

Lately banyak betul cerita2 kurang garam pasal lelaki yg kita dengar ek.

- Mintak duit kat bini, bini tak kasi disimbah kawan tu ngan asid, tak cukup ngan bini anak2 sekali kena.

- Dah tau gila pi kawin buat apa, bila ubat habis ko tetak bini ko sampai mati , pastu ko tetak pulak anak2 yg tak berdosa

- yang rogol anak sendiri

- yang sanggup rogol nenek umur 65 tahun

Kesimpulannya, adakah begitu serius tahap kesihatan mental lelaki kat Malaysia sekarang ni?

Kurang khasiat susu ibu kah ke sunat tak betul sampai putus urat otak??

And yang tak pernah abis , about men and their infidelity. Bila nak abis cerita ni ha?? Ai pulak over emo bila a few someones came up with stories like this.

Is it that hard to be a one woman man? How much pain do men possibly endure by being faithful ?? Memang tak berapa sedar diri sikit lah orang jantan ni kan. Bila dah kaya sikit , mulalah nampak bini tu buruk, tua. Padahal adakah ko mempunyai perut 6 pax dan lengan berketul dan masih gorjes seperti Hugh Jackman? Adakah performance ko makin mantap? Bini ko makin lama makin lari alignment tu pun bukan sebab ko ke yang lanyak?

The most obnoxious excuse they use is kahwin banyak sebab ikut sunnah.

PANGGGGGG.

Bab lain , mana pergi sunnah tu semua? Etika dan amalan hidup Rasulullulah bukan takat kahwin tu je, Baginda solat malam tiap malam, sanggup mendulukan pencarian redha Allah daripada dok mengulit bini, ko ada? Baginda basuh baju sendiri, ko main campak2 je, Baginda banyak berpuasa sunat, ko puasa wajib pun culas. So tak yah cakap pasal sunnah segala la.

Are you intoxicated when saying this??? Depa kata pompuan ni anti poligami so berdosa. Tak cium bau syurga. Tak der can lah nak dapat payung emas kat akhirat esok. Deyyy, kalau kita jer tunggu sorang2 kat syurga ngan payung mas tu and ko rentung kena bakar kat neraka sebab TAK ADIL, nak buat apa.

Ramai lelaki jahil bab poligami tapi nak juga buat. Umpama ko tak tau cakap tamil sepatah haram pun, tapi ko tengok channel Vanavel dengan volume full blast.

1. Yang dirujuk sebagai sunnah adalah KEADILAN dalam berpoligami , dan bukanlah poligami itu sendiri, paham tak?? Poligami terdapat dalam hampir semua agama dan budaya manusia kat dunia ni. Termasuk tok Arab2 zaman Jahilliyah yang ada harem, ada gundik and jariah penuh rumah. So datangnya Islam, dan limited the marriage to FOUR. Supaya rumah ko tak lah nampak macam brothel atau rumah urut tong seng. Dan supaya orang jantan takderlah semua mati cepat sebab asyik mainnnn jer kerjanya. Dah kalau bini sampai 23 orang, apa nak jadi ngan ko?? Satu hutan BELUM tu pun belum tentu dapat membekalkan tongkat ali untuk ko ok. Kedatangan Islam itu indah, Tidak dimansuhkan kesemua adat resam sesuatu kaum kecuali yang jelas melanggar hukum syarak. Tapi Islam menyuai padankan urf (adat) dengan prakticality of Islam itu sendiri. Contohnya,poligami lah. Sebelum Islam, kaum jahilliyah kawin and main pompuan sesuka hati je.

2. Kedua konsep keadilan. Ramai yang paham keadilan tu maksudnya, kalau bini no 1 dia belikan banglo, isteri no 2 pun kena beli banglo. Kalau isteri no 1 belanja RM 10 JUTA isteri2 lain jugak kena sama.

SALAHHHHHH.

Keadilan dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu kepada haknya. Contohnya , kalau isteri no 1 ada 5 anak tak kan lah sama perbelanjaan dengan bini yang takder anak or anak sorang.

3. Mampu. Kemampuan tu dari pelbagai segi. Bukan saja batiniah iaitu bini ko dah kertu tapi nafsu ko masih kencang macam badak sumatera maka ko layak kahwin lain. Kena tengok juga duit ringgit dan kemampuan ko berlaku adil. Marriage tu pada lelaki is all about sex , is it? Betul , nikah menghalalkan persetubuhan. Tapi kenapa sampai jadi hamba nafsu? Adakah hidup ko ingat nak mainnn je? Kalau tak boleh kontrol nafsu, kita disarankan banyak berpuasa sunat. Tu pun sunnah jugak, tapi tak nak plak ko buat. Rasulullah S.A.W berusaha untuk menggembirakan hati isteri2 baginda supaya tak ada yang tersinggung. Pernah diriwayatkan Baginda memberi sebentuk cincin kepada kesemua isteri2 Baginda dan told each of them that cincin tu khas untuk mereka sahaja and forbade them from telling others.

Bolehkah ko tidak melukakan antaranya?

Dari segi wang ringgit pulak. Mungkin kalau yang ada gelaran tu , sinonim dengan kekayaan lah. Tapi banyak juga yang jantan2 yang hancus tapi kahwin ramai. Dan tidak sedikit jugak lelaki yang berpoligami ni , isteri2 beliau masih lagi bekerja. Kalau isteri2 dah kerja cari makan sendiri, di manakah terletaknya KEMAMPUAN ko tu??? Tu dah jadi penganiayaan. Isteri TIDAK WAJIB bekerja. Duit ringgit isteri hanya untuk diri sendiri melainkan dia redha duit dia digunakan untuk menampung pendapatan suami. Kalau bini terpaksa kerja , maksudnya ko mampu ke hah??? Lain lah kalau semua isteri goyang kaki je, tapi dapat ruamah agam sorang sebijik, x6 sorang satu, bulan2 5-6 ribu duit belanja, pastu laki tu pulak warak tahap mufti, mampu membimbing isteri2 dan anak2 dalam acuan islami, mengimamkan solat keluarga, romantik, lemah lembut pada semua isteri. Then most welcome, meh sini nak tolong pinangkan.

Tapi yang ada camtu tak ramai, yang ramai yang poket semput. Kereta pun bini tolong bayar. Belanja rumah pun bini jugak. Anak2 pun tak berapa ingat nama. Solat pun jarang2, sembahyang raya je rajin pun, puasa tapi tak solat, pun teringin nak kahwin lebih, memang boleh blah la. Bila nak kawin pun sembunyi2 takut2, pi kahwin kat sempadan. Tipu bini. Pastu giliran pun tak pernah ikut, duit selalu tak cukup, maka tanyalah diri sendiri LAYAKKAH ANDA BERPOLIGAMI SEPERTI YANG DISARANKAN NABI????

Kalau ko seorang lelaki yang cemerlang , gemilang terbilang dalam ertikata seorang suami dan hamba Allah yang soleh, seharusnya mampu mendidik isteri, kalau betul ko mampu kahwin banyak , seharusnya ko mampu menzahirkan hasrat ko tu tanpa perlu sembunyi2, tanpa bini tua ko jadi gajah turun minyak.

Kita orang perempuan BUKAN ANTI POLIGAMI. Tapi kita kenal suami kita dan kita tahu sejauh mana kemampuan dan kebolehannya. Kita menghalang sebab kita takut dia berdosa sebab tak mampu berlaku adil. Memang lah Allah menghalalkan poligami tapi ada sambunggan ayat surah an nisaa tu yang ramai lelaki buat2 tak nampak, 'TAPI SEKIRANYA KAMU TAKUT BERLAKU TIDAK ADIL, MAKA CUKUPLAH SEORANG DAN YANG ITU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KAMU"

Terguris sikit pun hati isteri2, suami tanggung lah dosa, kat akhirat esok datang dengan bahu herot sebelah. Besar tanggungjawab lelaki dalam islam sebagai khalifah Allah ni. Tak akan masuk syurga seorang lelaki selagi isteri dan anak2 perempuannya tak masuk syurga, Kalau sorang bini dihisab 40 tahun, kalau bini lebih tak taulah weiii. Belum masuk dosa2 sendiri lagi.

So it takes a "real" man to do that. 'REAL' tu banyak pulak intipati dan pengisiannya. Kalau sorang isteri pun tak terbela, buat apa nak susahkan kepala otak. Buat apa nak susah2 adakan 4 biji rumah flat kos murah untuk 4 orang isteri sedangkan ko mampu buat rumah banglo untuk seorang isteri sahaja dan live happily ever after, with satu set bapak and mak mertua sahaja yang ko kena gembirakan especially time raya? Cost Effective ok. Belajarlah ekonomi sikit.

Tu yang ada niat nak kahwin. Yang hanya niat nak geli2 tu???? Masuk umur senja seikit mulalah dapat sindrom kurang daya tahan tu. Why is it so hard for men to learn that PEREMPUAN YANG BAIK TAK AKAN KACAU LAKI ORANG. No two ways about it. (provided laki orang tu adalah suatu ketika dulu adalah laki kita yg dirampas secara durjana oleh bini dia sekarang lah ) (Disclaimer kepada seseorang, ko jgn marah aku eh.) So kenapa korang sanggup buat scandal ngan pompuan jahat yang tentu tentunya akan merosakkan binasakan rumah tangga korang. Bila tanya cakap orng lelaki boleh kahwin 4, weiiiiiii memang boleh kawin 4, tapi usung pompuan bukan mahram ke hulu hilir, dating tempat2 gelap (takut orang nampak) , habiskan duit yang sepatutnya Allah bagi untuk rezeki anak bini untuk pompuan lain tu , BOLEH KA??? TAK BERDOSA ??? Tiap hari kita tengok kat news , ada saja orang kena tangkap khalwat la, minum arak ngan GRO lah. Ya Allah ni bulan Ramadhan , kalau pun ko tu iblis , boleh tak tolong hormat sikit.

Dah la , penat puasa. Baca Quran lagi baguih.

Friday, July 30, 2010

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fisikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidah ku dari kata2 nista
Kau kuatkanlah semangat ku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ni adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan & keyakinan utk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ni adalah suami yg akan membimbing tgn ku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ni adalah bidadara utk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk & tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ni adalah yg terbaik utk ku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata2 ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ni jodoh yg d rahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya

Tapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ni d takdirkan bukan utk diri ku seorang
Kau tunjukkanlah aku jln yg terbaik utk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu utk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan & ketelanjuran ku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jln yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawab ku sbg isteri
Kau hukumlah aku d dunia tapi bukan d akhirat Mu
Sekiranya aku engkar & derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah
Kuatkan hati & semangat ku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yg di senangi suami
Bukakanlah hati ku utk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dgn dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dgn keindahan dunia mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhan ku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yg di rahmati
Isteri yg di kasihi
Isteri yg soleha
Isteri yg sentiasa di hati

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

NotaKaki : Untuk mereka yang bergelar ISTERI

betapa berharganya AIRMATA

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya...Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Monday, July 19, 2010

i'm back

lamanya saya tak menulis dalam blog....bz sesangat,,,,keje menimbun...kuiz memanjang....dengan family function lagi...aduh..sampai saya terlupa pada saya punyer blog....anyway ri nie sy mcm biasa meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri, ibu, anak dan juga pelajar....hmm attend kelas, sit for quiz, blek umah, then main dgn chentahati and spend masa dgn chentahati, hu ha hu ha hu ha dengan chentahati...gelak sakan kekadang sampai jiran leh dengar...cuma semalam ada kes skit..saya terlanggar kuda biru gagah berlari enkande...fuhh nasib baik skit je..kalau teruk habislah saya...mesti membebel memanjang enkande...err saya dah la memang tak brapa terror nak memandu kuda biru gagah berlari enkande tu...bontotnya aje dah panjang...dah terbiasa dengan cik kancil comel dan cerdik tu...hmm sok ri rabu enkande dah book satu meja untuk saya, chentahati dan mama untuk lunch together....err perut pun dah berkeroncong mengenangkan lauk pauk yang bakal terhidang kat depan mata.....slurppp...sedapppppnya .....and chentahati mesti happy giler2....yelah bleh lunch dgn papa n ibu.....i love u dear....for making us happy...i'm very proud to have u as my husband....muashhhhhhh

Saturday, July 10, 2010

alhamdullilah


ri nie saya takde watpa kat umah...class takde..so rasa bosan tu dah mula mencucuk2 minda...dah la enkande takde...so saya rasa macam lost in the big jungle.....hahhaha.....just melayan chentahati saya....teman dia main2....but this coming Thursday i'll be so busy because my mom plan nak buat tahlil..means i'm as a graduate bibik will have a lot things to do...hahaha....hmm but rasa mcm tak sabar menghitung hari...enkande promise to buy something for me...apadia..biarlah rahsia...but i'm still counting to that day...ptg td before kuar umah cek post box...tgk ada muet result..hehhe..boleh la..band 4...hmm for me it's enough...bukannya nk study abroad pun...just sajer ngada nak amek...saja nak tau potensi diri....wahahaha.....