a

Daisypath Anniversary tickers

daisy path

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, June 30, 2010

kuiz oh kuiz

hmm hari nie takde benda yang suprise...just benda benda biasa...cuma rie nie lots of things berkaitan dengan study....ada kuiz next week and might be today akan ada lagi kuiz...this mean saya kena blajar kuat2.....heheh...dalam istilah lain saya kena baca buku berlipat kali ganda lagi..dah la dalam debaran untuk menantikan result yang masih di tangan en postman.....hehehhe...jeng jeng jeng..apala agaknya....well insyaalah akan dapat somthing yang maybe good news..hahahah.....

wasiat untuk seorang isteri.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.
Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut
apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10%
setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.
Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :

1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang
juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya
dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut
hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.
Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah
aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah
lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.
Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kitasebagai umat Islam.

She should be thankful...she got the forgiveness from her husband.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahua'lam

masakan untuk ensuami

hmm hari jumaat nie ensuami saya cuti..so plan punyer plan ingat nak masak something special untuk ensuami..but kepala nie still tak decide nak masak apa....hmm....last tuesday dan masak tom yam and kailan ikan masin...part of ensuami punyer favorite gak..bak kata pepatah orang tua tua dulu..kalau kita masakkan makanan kat suami kita insyaalah suami kita akna bertambah tambah sayang kat kita....air tangan isteri tu kan berkat dalam rumah tangga....si chentahati lak ska makan prawn and crab so means saya kena masak both of prawn and meet...well nampaknya saya kena gunakan internet untuk mencari resipi yang best2...hikhik jangan cirit birit udah lerr...

Tuesday, June 29, 2010

at last

at last...hmm i think this is the most suitable word that i should say....at last saya dpt jgk add certain item dlm my blog....add lagu and add background...hmm ingatkan senan tapi susah jgk rupanya....tekan tu tekan ni..hihi nasib jadi,,kalau tak ntah la apa jadi...almaklumla saya nie bukannya pandai pun guna kecanggihan komputer nie....setakat nak menaip untuk wat assignment or keje leh la...yang lebih2 siap....hahah...anyway sesaper yang tengok blog saya nie tak la pening..hehhe biasalah budak baru belajar wat blog...main hentam je la labu.....kihkihkih....but i hope i will have a beautiful blog one day....one fine day.....

it just ME!!

The name is Sabrina, Hello! Nice to meet you! This is where I'm supposed to be writing about myself eh? Hmmm... What can one say about herself? Let see... I am complex, clumsy, organized (OCD is driving me nuts!), grounded, and definitely your typical gurl-next-door. Quite a description there eh? I would also like to believe that I am grounded and very down-to-earth person. Most often friends would describe me as easy-going, a person who is often intense, fun to be with, humorous (even though I'm not much of a joker. I'm a bad one really!), worldly, and an all around great person. As for my likes, I enjoy dining out over great mind-stimulating conversation (you don't have to be a genius to impress me, just smart enough to keep my interest going!), watching movies, listening to music (10 points if you are into musicals because I'm a huge fan!), catching a concert, traveling, and spending quality time with that special someone, savoring a deluxe hot fudge sundae together in bed and talk just about anything. That's heaven for me! I am looking forward to experiencing life and all it has to offer. Is that so much to ask?oopss one more thing...most important thing, i love my hubby and my little princess so much...

Saturday, June 26, 2010

surat untuk anak ibu...,,fifi

tahun nie dah genap 2 tahun anak ibu....betapa gembira dan tak sabar untuk tgk anak ibu membesar menjadi seorang anak yang cantik dan bijak..ibu rasa macam masih baru ibu kandungkan fifi dalam tummy ibu...ibu tak pernah lupa dan insyaalah tak akan lupa saat pertama ibu buat pregnancy test...well that the first time buat pregnancy test so tak tau betul ke tak..but biler dah disahkan oleh doctor yang ubu memang mengandung, hanya allah yang tahu betapa gembiranya ibu saat tu..ibu ingat lagi time tu papa tengah work dekat ofis so ibu call him and tell him that good news...papa happy sangat masa tu sampai tak terkata2....yang ibu dengar papa hanya sebut Ya Allah...Alhamdullilah...

fifi yang ibu sayangi...
ibu ingat lagi masa fifi kena demam kuning..time tu fifi baru 5 hari kat dunia..hanya Allah yang tahu hati ibu masa tu....takut....worried...sedih...mcam2 ada...but thank god yang fifi tak perlu masuk wad macam budak2 lain coz doc zam yang rawat fifi tu ada alat yang bleh dipasangkan kat rumah kita..so ibu bleh take good care of u always...lepas 24 hours guna that tools alhamdullilah fifi dah ok and demam kuning fifi hilang....

fifi anak ibu...
ibu takkan lupa satu benda yang betuk2 buat ibu mengalirkan air mata....saat ibu dengar tangisan fifi waktu kluar dari rahim ibu....time tu hanya allah yang tahu betapa gembiranya ibu....even masa tu hanya ada papa yang temakn ibu...mengalir air mata ibu saat ibu tengok betapa sempurnanya wajah comel anak ibu yang ibu kandungkan selama 9 bulan....betapa ajaibnya dan besarnya keagungan ilahi...fifi memang anak yang baik dan akan selalu jadi anak yang baik..insyaalah..buktinya fifi tak biarkan ibu sakit lama2 masa saat kelahiran dulu...ibu just struggle 2 hours only then fifi keluar....

fifi anak ibu....
ibu ingat lagi biler pertama kali fifi sebut nama ibu dangan pelatnya iaitu abu.....heppynya hati ibu time tu..walaupn ibu penat dengan school ibu,,manage house but bile ibu dengar fifi panggil nama ibu...rasa macam kedamain dan ketenangan di dunia ini milik ibu seorang..hmm betapa ajaibnya kasih sayang seorang ibu dan anak...

fifi sayang...
ibu harap fifi akan terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah..bijak dan dapat jaga ibu dan papa....ibu harap ibu dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk melihat fifi membesar dengan baik di hadapan mata ibu....ibu akan lakukan apa saja untuk membahagiakan anak ibu....ibu terlalu sayangkan fifi..sepenuh hati ibu...

Sunday, June 13, 2010

laptop....money...fenin....

hmm ri nie saya dapat balik sahabat lama saya yang dah lama tak muncul iaitu migrain...migrain memikirkan cara nak menjualkan laptop saya...hmm apala nasib..ari tu masa ada buyers yang sudi membeli laptop saya tu, saya la plak yang ragu2 nak jual...now on bila dah bebetul perlukan money, and nak jual laptop tu, buyers la plak takde....dah abes kawan saya inform hmm tapi harapan sume hampeh....macammana la nak jual si laptop nie...aduh laa....ensuami pun dah turut penin nak menolong....hmm tapi saya takkan putus asa..akan ku cari jugak buyers...harap2 ada jugak la buyers yang mampu mengurangkan tekanan dan menjemput keluar sahabat karib saya nie yang bernama migrain...hmm suspen untuk tgk result muet dengan result final exam last week pun ada gak..almaklumlah kalau ada sangkut kat mana2 pukat..naya saya..tak pasal2 plak nak kena bayar extra...hmm yang muet nie pun berdebar gak..anyway sy dah bg yang the best ari tu...insyaalah akan ada rezki kat situ(tu kata ensuami)...tapi kekadang saya kagum tull dengan ensuami yang relax and slumber bluehypo je even ada big big big problem..hmm saya nie plak jenis tak keruan...mulala kalut....sakit pala and last2 ting tong...hahhaha.....tapi bile melayan ragam ChentaHati kami terus buat saya release ckit....i love u sofea....i love u fizee....muahmuah

Saturday, June 12, 2010

football....ragam manusia....dan mcm2 lagi

hmm smalam dah start world cup...masa live dekat tv untuk upacara pembukaan tu, saya kat dapur,,tengah siapkan dinner...my Chentahati plak terpaku kat depan tv...saya kat dapur rasa pelik plak..aii nape diam je anak saya nie...tengok punyer tengok, rupa rupanya dia tengah syok menari..ikut tarian yang kat dalam tv...hmm bukan main ligat lagi....haii anak dara aku....hari nie plak jumpak plak dengan satu lagi ragam manusia kat muka bumi allah ni...pepandai je create citer just because nak raih simpati org..apa kes (kata kak engku )...well ni la manusia...takda penyakit, cakap ada penyakit..kekadang benda2 macam nie menyusahkan orang di sekitar..yelah kita tak pasal2 sibuk je nak sian kat dia..nak tolong dia...sampai kekadang kita plak terpaksa susah....tapi diorang bukan fikir pun..hai nasib nasib...

Thursday, June 10, 2010

alkisah seorang suami


semalam sebelum tidur..ensuami ajak saya bersembang...walau dalam kepenatan sempat lagi ensuami nak bersembang...saya agak ni mesti hal penting...rupa rupanya hal kawan dia yang nak mintak advise....hmm ensuami bgtau saya yang kawan dia (yang saya pun kenal) got a big big big problem...tapi pada saya problem tu dia yang cari sendiri...maunya tak..dia stuck in the scandal yang dia cipta sendiri...tu laa...sapa suruh....dah ada wife yang cantik..cun melecun...anak dah berderet pun still nak buat hal..hm nie lah kaum adam..tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada...sekali sumenya takda hmm baru lah jadi anjing dengan bayang2.....well kitorang pun berkongsi idea untuk disampaikan kepada kawan ensuami...saya just kata leave that stupid woman(i mean scandal) because demi wife yang telah sacrifice everything and demi anak2 yang still dahagakan kasih sayang mak ayah diorang....tapi ntahla kan kalau dah mabuk air sejuk nie..hmm kita cakap apa pun tak pakai....bila terhantuk baru nak terngadah...tapi sebelum saya pejam kan mata semalam sempat jugak saya harap yang ensuami saya akan setia dengan saya dan akan sentiasa menyayangi Chentahati kami....para isteri pun kenalah main peranan yang besar...tanggungjawab untuk jadi seorang isteri bukannya mudah....amat2 lah berat...kita kena buat yang terbaik kat hubby kita..harta benda..meterial tu sume tak penting...apa yang penting kasih sayang yang ikhlas..kejujuran dan ketulusan hati masing2 untuk mencintai...menyayangi dan mengasihi....insyaalah if ada sume benda nie dalam resipi rumah tangga kita..bahtera kita tidak akan tenggelam walaupun skali sekala mungkin ada umbang ambing dek angin yang kadangkala bertiup kencang..apapun saling tolak ansur..kepercayaan tu penting...

hari yang memenatkan.....


semalamsaya rasa hari yang paling penat....hmm start dari pagi bermula dengan basuh baju, then siapkan my chentahati...after that prepare breakfast for my beloved hubby...spray ensuami punyer kasut..iron baju keje dia...hmm after ensuami pg keje saya pun pegi kelas..kelas start kul 9.00 pg till 5.30 ptg..perghh memang havoc laa....hmm wedding kawan saya lisa pun tak sempat nak attend....tak sempat nak mencelah..takda ruang langsung....balik2 je dari kelas terus pegi umah cousin.amek dia bawak p parkson untuk shopping..tau tau la sekarangkan musim jualan murah kat parkson..well untuk kaum hawa apalagi....shopping time..saya pun dah blasah certain thing till mencecah 300....hahhaha...jatuh terduduk ensuami...tapi takpe...dia kata demi isteriku..apa saja...(katanya)..niat memang la tak nak shopping...nak berjimat...tapi ntah...mcm ada kuasa yang menarik2 tangan nie untuk mencapai apa je yang ada....hmm tu baru awal bulan...tengah bulan and akhir bulan belum lagi..hahahha....anyway thanks to my beloved hubby...sebab work hard untuk earn money for me and our ChentaHati....love u dear

cerita tentang mimpi

hmm..smlm saya mimpi tentang sesuatu benda yang agak menarik..tapi ntah la..menarik atau tak...hahahh....might be merisaukan jugak....guess what...saya bermimpi yang saya pragnant lagi..hhahah...dan yang paling best jugak adalah saya dapat baby boy....hmm ensuami dah lama berangan nak baby boy..dulu masa first pragnancy beriya iya ensuami prepare nama...muhammad syamil fariz....sbb tiap kali pegi scan dekat shah alam..nampak boy until 3 jam sebelum deliver pun still doc cakap baby boy...but sekali kluar dapat nur imtiyaz sofea....hahhaha....anyway syukur alhamdulliah anak kami selamat...now on our Chentahati dah besar...dah know everything and we all terpaksa memahamkan apa yang kami kurang faham becoz of chentahati punya pelat..kahkahkah.....if tak faham siap....kena lah orang tu...well Chentahati tetap menjadi pujaan di hati ibu n papa......

Wednesday, June 9, 2010

my lovely baby...chentahatiku

my little princess....imtiyaz sofea......chentahati sabrina and safizee.....

welcome

selamat datang ke blog saya....saya tak pernah tulis blog nie..this is my first time saya menulis blog,..before this adalah setakat fb and ym tu...tu pun tak sempat nak update everyday...tapi disebabkan certain cause saya have to make up this blog...well if ada cacat cela harap dimaafkan....